Saya sebenarnya keberatan untuk menulis entri dalam bentuk begini. Bimbang ianya akan dilihat pada sudut yang berbeza oleh orang-orang berbeza. Namun, saya cuba juga atas platform blog ini adalah sebuah Diari Digital saya. Saya harap ianya dapat membantu mereka yang melihat ianya dari sudut yang positif.
Kerap kita diwarkan dengan prestasi sesuatu dana yang terkenal dan mempunyai sejarah dan track record seantero Malaya. Sebut sahaja namanya, pasti orang mengusulkannya akan mempertahankan hujahnya. Ini boleh digambarkan sepertimana kewujudan gadjet ini. (Boleh dilihat secara live di sisi kanan blog ini)

"Encik kena invest dalam dana ini. Lihat.....rankingnya. Compare dengan yang lain-lain."
Itu adalah antara hujah-hujah yang digunakan bagi menegaskan maksud pemberi hujah. Apatah lagi ini tersenarai dalam widget third party.
"Lihat ya.... bukan saya yang cakap, tapi tersenarai dalam list third-party. Bukan rekaan ya..."
Itu mungkin sebahagian penegas kata-kata yang kita pernah dengari. Saya dulu juga hampir terpengaruh dengan semua ini. Apatah lagi bila ianya berlaku pertembungan antara pasukan "Manchester United" dengan "Chelsea"...
Tetapi, semakin hari bertambah esoknya, dan lusa yang menjelma, saya semakin memahami antara popular dan prestasi. Saya bentangkan analisis tersendiri di sisi kanan blog ini. Ini adalah antara sumber analisa saya dalam memilih yang terbaik untuk saya dan rakan pelabur.

Maklumat yang diperolehi dari link yang saya sediakan adalah percuma dari sumber yang percuma di alam maya ini boleh membantu kita mengharungi putaran dan gelombang pelaburan dalam meningkankan pulangan simpanan hari tua kita.
Perbandingan realiti semasa boleh dibuat dengan mencuba "mengodek-godek" link-link yang tersedia bagi mendapatkan maklumat semasa yang terkini dan wajar daripada "third-party".

Setiap masa, setiap ketika pada hari yang bebeza, maklumat ini akan berbeza. Itulah yang saya percaya pada keikhlasan system "third-party"

p.s Shahril Hisham sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja berkait ilmu yang percuma dari sumber yang percuma. Shahril Hisham percaya usaha ini adalah sebahagian saham ilmu yang bermanfaat yang menjadi penemannya di alam yang akan datang.

Sharing yang baik dan penting. I love the difference between populariti vs prestasi. May I suggest you to provide a FREE seminar to your unit trust clients on how they can understand unit trust better. Don't do it every week but do it once a month in the beginning.
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan cadangan abg arif - sy nak datang boleh ke? - dan post ini menjawab soalan sy dalam fb aritu - tq bro
ReplyDeletetqsm sharil...
ReplyDelete