Kebiasaannya, setiap bulan Januari, KLCI akan naik berbanding bulan terdahulu (Disember tahun terdahulu) walau tak da positif news atau perkara sentimen yang boleh menyebabkan KLCI boleh naik secara mudah.
Hari ini, 31 Disember 2010, pada keadaan sentimen yang natural, kecuali ada sentimen negatif yang serius boleh menyebabkan sentimen pasaran akan berbeza.
Jadi, sejauh mana ada kebetulan pada pendapat ini ? Jom lihat statistik di bawah. Mungkin ianya boleh membantu menjawab persoalan ini.
Jadual di bawah menunjukkan data 5 tahun KLCI yang membandingkan tinggi dan rendah index antara January (tahun itu) dan Disember (tahun sebelumnya)

Sumber percuma di alam maya : Yahoo Finace, KLCI 5Y
KLCI tertinggi selalunya dikesan pada bulan January berbanding bulan Disember. Manakala KLCI terendah pada January selalunya lebih tinggi pada KLCI Disember. Tapi ada sedikit beza pada January 2008. Ini dilihat pada kesan sentimen dunia bermula Oktober 2007 dan sentimen Pilihanraya dah nak dekat.
Oleh kerana data-data menunjukkan kebiasaannya pada January KLCI naik, nak-nak dekat tahun baru Cina (CNY), fenomena ini dipanggil "Kesan January".
Pada pendapat saya, Kesan January akan berlaku lagi untuk tahun 2011.
Bolehkah ianya begini ?
Jadi, nak
1. Hold ?
2. repurchase ?
3. ke nak switching ?
p.s Bagaimana data ini boleh dikeluarkan ? Ianya bermula di sini.



hold?repurchase?switch?
ReplyDeleteRelax dulu. Makan kuih berlauk dulu....
ReplyDelete